CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

astaghfirullah... Ya Rabbi ampuni kami!!!

astaghfirullah... Ya Rabbi ampuni kami!!!
indahnya hidup dalam dakapan cinta Ilahi...

Khamis, 5 Ogos 2010

bismillahhirrahmannirrahim...


ya ALLAH kau tak pernah menjauh tapi aku...?
YA Rahman, cintaMU tak bertepian...
aku yang sering terleka 
ampuni aku ya Rahim...
teguranMu sangat indah Ya RABBI
astaghfirullah...
terimalah amalanku dan perkenankan taubat hambamu..

Khamis, 22 Julai 2010

mahalnya syurga itu...

Abu Hurairah r.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

 
"Apakah yang telah kamu lakukan?"
Jawabnya, "Aku telah berperang kerana-Mu Ya Allah sehingga aku mati syahid."

Di katakan kepadanya lagi: "Kamu telah berbohong! Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani! Dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian di seret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.
"

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.


Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.


Justeru itu dia ditanya: "Apakah yang telah kamu lakukan?
"
Jawabnya, "Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya kerana-Mu Ya Allah."

Kemudian Allah menjawab: "Bohong! Bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu membaca al-Quran supaya orang berkata kamu seorang qari. Mereka semua telah pun berkata demikian di dunia."


Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.


Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.


Kemudian dia disoal: "Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?
"

Jawabnya, "Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang Engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan kerana-Mu Wahai Tuhan.
"

Allah menjawab: "Bohong! Tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.
"

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.


Apabila Saidina Muawiyah r.a mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

 
"Benarlah firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala."
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)


Pengajaran ayat Quran:
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)

Firman Allah lagi dalam Surah Fatir ayat 29 berbunyi: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

Firman-Nya lagi dalam Surah al-Saff ayat 10 - 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Orang yang cerdik itu ialah orang yang memperhambakan dirinya untuk persiapan hidup di akhiratnya manakala orang yang lemah ialah orang yang menurut hawa nafsunya tetapi berangan-angan untuk masuk ke Syurga."

Selasa, 1 Jun 2010

BACALAH... mari kita renungi bersama

"dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran  (Al Quran yang diturunkan oleh ALLAH ) yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak berenggang darinya"
( Surah Al Zukhruf 43 : 36 )

ayat ini buat peringatan diriku juga sekalian saudara2ku yang seIslam... moga2 ALLAH yang Maha PEngasih mengampuni dosa2ku serta sekalian umat ISLAM....marilah kita mengambil iktibar dari ayat ini... jangan biarkan hati kita mati... hidupkan hati kita dengan membaca AL Quran serta mentadabbur ayatnya... moga2 ALLAH pelihara kita... dengan Rahmat dan kasih sayang Nya yang tidak bersempadan... jangan biarkan syaitan menjadi teman akrab kita... jangan biarkan syaitan menyesatkan kita... mohonlah perlindunganNya kerana ALLAH lah RAja segala2nya... mohonlah perlindungan dari ALLAH dari gangguan syaitan terkutuk... contohilah kisah seorang sahabat Rasulullah SAW tercinta yang sangat hebat iaitu Saidina Umar Al Farouk... syaitan sangat takut kepadanya sehinggakan bila adanya Saidina Umar syaitan akan berlarian... sebab apa??? sebab Saidina Umar mempunyai hati yang sentiasa hidup... hatinya sentiasa mengingati ALLAH... cuba kita renungkan diri kita sendiri... sejauh mana hati kita ini mengingati ALLAH... perhatikan dalam kehidupan kita seharian berapa banyak masa yang dah kita peruntukkan untuk ALLAh berbanding masa yang kita peruntukkan untuk dunia??? ya, tak salah mengejar dunia... Islam sendiri mengajar bahawa bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya...  namun ada satu analogi yang menarik iaitu dunia dan akhirat ibarat bayang2 dan matahari... matahari diumpamakan sebagai akhirat manakala bayang2 diumpamakan sebagai dunia...bila kamu mengejar matahari, kamu akan mendekati dan sampai kepada  matahari dan bayang2 juga akan mengikutimu tetapi jika kamu  mengejar bayang2  kamu tak akan dapat mencapai bayang2 tersebut bahkan matahari pula semakin menjauh darimu... begitulah hidup kita... jika kita mengejar Akhirat maka dunia juga akan mengiringi kita... lihatlah... buktinya sudah banyak... lihatlah pada tokoh2 Islam... mereka berjaya di dunia ini, menjadi golongan yang terpelajar dan berpengaruh tetapi dalam waktu sama sangat taat pada perintah ALLAH yang Maha Pengampun..., oleh itu duhai diriku juga saudaraku sekalian marilah kita nyalakan piala hati kita dengan selalu membaca Al Quran juga berzikrullah... sentiasa mengingati ALLAH yang Maha Agung... Moga2 ALLAH mengurniakan Rahmat HidayahNya pada kita... AMIN!!! ya Rabbal Alamin!!!

Isnin, 31 Mei 2010

Gambar Serangan Tentera Israel vs Konvoi Bantuan GAZA

gambar2 ni untuk perkongsian kita bersama... lihatlah betapa kejamnya yahudi laknatullah... jadi, apa yang boleh kita buat adalah mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terlibat... seandainya ditakdirkan mereka gugur doakan kematian mereka tidak sia2... doakan mereka SYAHID...ALLAHUAKBAR!!! dan jangan lupa... selagi termampu... BOIKOT BARANGAN  ISRAEL!!





Ini merupakan sambungan daripada gambar-gambar yang dirakam disebalik siri serangan tentera Israel terhadap konvoi Bantuan Gaza baru-baru ini. Inilah dia perangai israel LAKNATULLAH. Dia kutuk umat Islam, dia bunuh sahabat kita di GAZA, dia kerat-kerat, dia mamah-mamah umat Islam. Kemudian mereka “berehat seketika” dan berpura-pura memohon maaf dan mahukan rundingan bagi genjatan senjata. Bila kita terlalai sekejap, mereka kembali dengan perangai binatang dan tidak berperikemanusian
Undang-undang dunia di bawah tapak kakinya ketika ini dan tiada langsung sekelumit perasaan bersalah disebalik serangan komando tentera Israel ke atas konvoi bantuan GAZA. PBB terus duduk terpaku dan hanya megah disebalik status mereka.
Adakah siri kekejaman dan kejadian yang lebih teruk baru kita mahu melatah?
Peranan Liga Arab? Geleng kepala……….
Peranan OIC? Geleng kepala……….
Peranan PBB? Geleng Kepala…………
Kesatuan-kesatuan Eropah? Lagilah….geleng kepala………………..
Peranan Amerika? Angguk-Angguk aka pak turut……sebagai tanda mengiyakan dan bersetuju setiap kali tindakan kekejaman Israel LAKNATULLAH. Sehingga Yahudi semakin naik minyak !!!
















P/S : Walaubagaimanapun, mengapa Israel nampak terdesak sejak akhir-akhir? Kebangkitan umat Islam dan kesepakatan umat Islam semakin membuatkan mereka tak mampu duduk diam lagi.

11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi

Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul.
Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)
Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.
Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.
Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)
Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)
Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)
Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Surah al-A’raf: 150)
Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).
Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili.
Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak.
INTI PATI
Bukti kekejaman Yahudi
1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci.
2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka.
Oleh:Abdurrahman Haqqi

hikmah air mata

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?
Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan  dengan diiringi suara yang dapat didengar  sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas  atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti
Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat  daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalim
Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

syahid... saudaraku, damailah dikau di syurga...

saudaraku...
kau berjuang di jalan ALLAH...
berbanggalah dan tersenyumlah...
sungguh... Kau telah mencapai kemenangan...
kemenangan yang amat diimpikan oleh setiap muslim...

ya ALLAH...
bantulah palestin...
hancurkan jentera yahudi laknatullah...
hancurkan mereka ya ALLAH...

damailah dikau saudaraku...
pemergianmu diiringi jutaan tangisan umat ISLAM...
hanya yang ku mampu iringkan ialah sepotong doa kudus...