Khamis, 5 Ogos 2010
Khamis, 22 Julai 2010
mahalnya syurga itu...
Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:
Jawabnya, "Aku telah berperang kerana-Mu Ya Allah sehingga aku mati syahid."
Di katakan kepadanya lagi: "Kamu telah berbohong! Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani! Dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian di seret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka. "
Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.
Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.
Justeru itu dia ditanya: "Apakah yang telah kamu lakukan? "
Jawabnya, "Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya kerana-Mu Ya Allah."
Kemudian Allah menjawab: "Bohong! Bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu membaca al-Quran supaya orang berkata kamu seorang qari. Mereka semua telah pun berkata demikian di dunia."
Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.
Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.
Kemudian dia disoal: "Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut? "
Jawabnya, "Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang Engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan kerana-Mu Wahai Tuhan. "
Allah menjawab: "Bohong! Tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia. "
Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.
Apabila Saidina Muawiyah r.a mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)
"Di antara manusia ada yang mengatakan (Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar." (Surah Al-Baqarah ayat 8-12)
Selasa, 1 Jun 2010
BACALAH... mari kita renungi bersama
"dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al Quran yang diturunkan oleh ALLAH ) yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak berenggang darinya"
( Surah Al Zukhruf 43 : 36 )
ayat ini buat peringatan diriku juga sekalian saudara2ku yang seIslam... moga2 ALLAH yang Maha PEngasih mengampuni dosa2ku serta sekalian umat ISLAM....marilah kita mengambil iktibar dari ayat ini... jangan biarkan hati kita mati... hidupkan hati kita dengan membaca AL Quran serta mentadabbur ayatnya... moga2 ALLAH pelihara kita... dengan Rahmat dan kasih sayang Nya yang tidak bersempadan... jangan biarkan syaitan menjadi teman akrab kita... jangan biarkan syaitan menyesatkan kita... mohonlah perlindunganNya kerana ALLAH lah RAja segala2nya... mohonlah perlindungan dari ALLAH dari gangguan syaitan terkutuk... contohilah kisah seorang sahabat Rasulullah SAW tercinta yang sangat hebat iaitu Saidina Umar Al Farouk... syaitan sangat takut kepadanya sehinggakan bila adanya Saidina Umar syaitan akan berlarian... sebab apa??? sebab Saidina Umar mempunyai hati yang sentiasa hidup... hatinya sentiasa mengingati ALLAH... cuba kita renungkan diri kita sendiri... sejauh mana hati kita ini mengingati ALLAH... perhatikan dalam kehidupan kita seharian berapa banyak masa yang dah kita peruntukkan untuk ALLAh berbanding masa yang kita peruntukkan untuk dunia??? ya, tak salah mengejar dunia... Islam sendiri mengajar bahawa bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya... namun ada satu analogi yang menarik iaitu dunia dan akhirat ibarat bayang2 dan matahari... matahari diumpamakan sebagai akhirat manakala bayang2 diumpamakan sebagai dunia...bila kamu mengejar matahari, kamu akan mendekati dan sampai kepada matahari dan bayang2 juga akan mengikutimu tetapi jika kamu mengejar bayang2 kamu tak akan dapat mencapai bayang2 tersebut bahkan matahari pula semakin menjauh darimu... begitulah hidup kita... jika kita mengejar Akhirat maka dunia juga akan mengiringi kita... lihatlah... buktinya sudah banyak... lihatlah pada tokoh2 Islam... mereka berjaya di dunia ini, menjadi golongan yang terpelajar dan berpengaruh tetapi dalam waktu sama sangat taat pada perintah ALLAH yang Maha Pengampun..., oleh itu duhai diriku juga saudaraku sekalian marilah kita nyalakan piala hati kita dengan selalu membaca Al Quran juga berzikrullah... sentiasa mengingati ALLAH yang Maha Agung... Moga2 ALLAH mengurniakan Rahmat HidayahNya pada kita... AMIN!!! ya Rabbal Alamin!!!
Isnin, 31 Mei 2010
Gambar Serangan Tentera Israel vs Konvoi Bantuan GAZA
gambar2 ni untuk perkongsian kita bersama... lihatlah betapa kejamnya yahudi laknatullah... jadi, apa yang boleh kita buat adalah mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terlibat... seandainya ditakdirkan mereka gugur doakan kematian mereka tidak sia2... doakan mereka SYAHID...ALLAHUAKBAR!!! dan jangan lupa... selagi termampu... BOIKOT BARANGAN ISRAEL!!
11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi
Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul.
Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21)
Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari.
Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar.
Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?” (Surah al-Baqarah: 91)
Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157)
Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)
Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Surah al-A’raf: 150)
Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).
Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili.
Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak.
INTI PATI
Bukti kekejaman Yahudi
1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci.
2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis.
3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka.
Oleh:Abdurrahman Haqqi
hikmah air mata
- Ibu
- Ayah
- Remaja
- Orang yang dizalim
syahid... saudaraku, damailah dikau di syurga...
saudaraku...
kau berjuang di jalan ALLAH...
berbanggalah dan tersenyumlah...
sungguh... Kau telah mencapai kemenangan...
kemenangan yang amat diimpikan oleh setiap muslim...
ya ALLAH...
bantulah palestin...
hancurkan jentera yahudi laknatullah...
hancurkan mereka ya ALLAH...
damailah dikau saudaraku...
pemergianmu diiringi jutaan tangisan umat ISLAM...
hanya yang ku mampu iringkan ialah sepotong doa kudus...